PENGAUDITAN PENSIJILAN SEMULA EKSA DOSM PERAK OLEH PIHAK MAMPU
- Admin Promosi
- Oct 13, 2018
- 1 min read
PENGAUDITAN PENSIJILAN SEMULA EKSA DOSM PERAK OLEH PIHAK MAMPU telah bermula pada 10 Oktober 2018 sehingga 12 Oktober 2018. Pengauditan telah dilaksanakan oleh Puan Jenny A/P Rayapan (Ketua Penolong Pengarah Kanan M52) selaku Juruaudit dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Pengauditan kali ini telah melibatkan Sembilan (9) Zon EKSA yang terdapat di DOSM Perak. Zon-zon yang terlibat dan hari penguditan adalah seperti berikut :
10 Oktober 2018 (Rabu)
Sesi Pembukaan Pengauditan EKSA
1. Zon Herba Berdaun (SKP)
2. Zon Herba Berbuah (UIPAS)
3. Zon Herba Bijian (UH)
4. Zon Herba Rempah Ratus (UIR)
5. Zon Herba Berakar (Pusat Operasi Taiping)
11 Oktober 2018 (Khamis)
1. Zon Herba Beraroma
2. Zon Herba Berbunga
3. Zon Herba Berubi
4. Zon Herba Pokok Renek (Pusat Operasi Teluk Intan)
12 oktober 2018 (Jumaat)
Sesi Penutup Pengauditan EKSA
Rumusan daripada pengauditan yang telah dilaksanakan, secara umumnya DOSM Perak telah berjaya melaksanakan EKSA dan mematuhi kebanyakan keperluan penilaian kriteria -kriteria EKSA.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Jenny A/P Rayapan yang telah sudi hadir melaksanakan Penguditan Pensijilan Semula EKSA di DOSM Perak dan juga kepada semua warga DOSM Perak yang telah sama-sama berganding bahu bagi memenuhi kriteria-kriteria Pematuhan Audit EKSA.
































Comments