

PENGIKTIRAFAN MAMPU
1 NOV 2018 - 31 OKT 2020
Peranan Jawatankuasa Induk
OBJEKTIF
Untuk meningkatkan penyertaan semua peringkat warga Jabatan dalam melaksanakan EKSA di samping bagi mewujudkan budaya penambahbaikan berterusan serta semangat kerja berkumpulan warga Jabatan ke arah mencapai prestasi dan budaya kerja yang cemerlang.
STRUKTUR PELAKSANAAN EKSA
1. Tanggungjawab Jawatankuasa Induk EKSA hendaklah menyeluruh dan setiap ahli Jawatankuasa dan ahli hendaklah menjalankan peranan masing-masing.
2. Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan EKSA dijalankan sebaiknya.
3. Peranan Jawatankuasa Induk EKSA (Ketua Zon) di peringkat Zon perlu dijelaskan bagi melancarkan pelaksanaan
tugas dan tanggungjawab.
Peranan Jawatankuasa Promosi
1. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA.
2. Mengenalpasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan bagi menjayakan pelaksanaan EKSA.
3. Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
4. Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga Jabatan.
Peranan Jawatankuasa Latihan
1. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk EKSA kepada Semua Ahli.
2. Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.
3. Mengendalikan program latihan kepada Semua Ahli.
4. Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA.
1. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli kumpulan.
2. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar.
3. Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator.
4. Merancang dan melaksanakan aktiviti kumpulan.
5. Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA.
Peranan Ketua Zon
Peranan Jawatankuasa Audit
1. Menyediakan kriteria audit dalaman EKSA.
2. Menyemak kriteria audit dalaman EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
3 Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalaman EKSA.
4. Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA.
1. Menentukan hala tuju keseluruhan EKSA.
2. Menetapkan sistem pengiktirafan/ penghargaan.
3. Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan jawatankuasa kerja (Promosi, Latihan dan Audit).
4. Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.
5. Melantik fasilitator dan Ketua Jawatankuasa Kerja.
6. Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan.
7. Menetapkan dasar, peraturan serta garis panduan.
8. Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.
Peranan Pengerusi
1. Memberikan latihan dan panduan kepada ketua dan ahli kumpulan.
2. Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan.
3. Menentukan pembahagian zon.
4. Menyelaraskan dan memantau aktiviti kumpulan.
5. Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan.