LAWATAN SEMAKAN EKSA BIL.1/2018
- Admin Promosi
- Apr 17, 2018
- 1 min read
Semakan pertama telah dijalankan pada 13 April 2018 dan akan diteruskan pada setiap hari Jumaat sebelum bermulanya bulan Ramadhan . Jawatankuasa Audit EKSA DOSM Perak berperanan untuk menegur setiap kesalahan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan serta merta pada Hari BIG C yang turut dilaksanakan pada hari yang sama. Sebelum mengadakan lawatan Audit, Jawatankuasa akan terlebih dahulu bermesyuarat bagi membincangkan perkara berbangkit dan perkara-perkara yang akan difokuskan ketika lawatan.
Pada lawatan pertama auditor memberi fokus kepada kriteria seperti berikut :
Kategori Ruang Pejabat
Bilik Mesyuarat / Bilik Perbincangan / Bilik Latihan
Bagi memastikan pelaksanaan BIG C mencapai matlamat, Jawatankuasa Audit EKSA akan mengadakan lawatan ke setiap Zon di Pejabat Ipoh sahaja. Walau bagaimanapun bagi Pusat Operasi Taiping dan Teluk Intan perlu melaporkan kepada Jawatankuasa Audit Eksa berkaitan perlaksanaan Big C di zon masing-masing.

Comments